[tag: buah tangan selepas finals]
[tag: muslim itu bersaudara]
Selapis Kasih Sedulang Rindu
#Intro
Dimana… oh dimana..
Kawan lama…
Apakah.. Engkau masih…
Disana…
Membilang hari… Merenung diri..
Diiringi.. Suara kecapi…
Dan aku.. Masih disini…
Menanti…
Dan aku… tak meratap lagi…
Merenung diri…
Namun ku ambil… Resmi si padi...
Makin menunduk... Makin berisi…
Walau akan kutampung diri ini…
#Reff
Ibarat kita si pohon rimbun…
Engkau adalah daunnya…
Dan akulah pucuknya…
Andai kita sipohon tua,
Nanti gugur daunnya,
Hidup bersama,
Sebagai teman sejati.
Back to intro
Itulah.. adat hidup… didunia…
Tiada yang baru… tiada yang lama...
Pudarnya cinin… tanpa permata...
Tiadalah adam… Tiadalah hawa…
Tanpa jiwa siapalah kita..
Back to reff
kredit: S.M. Salim ft Ramli Sarip
Labels: lagu pilihan
Mengenang Pengorbanan Ibrahim A.S. 'Khalilullah'
Posted by Ikhwanjamal on Thursday, November 26, 2009[tag: Salam Aidiladha 1430 H dari kejauhan]
Antara ibrah hari raya Aidiladha bagi kita yang tidak menunaikan haji ialah mengenang kembali pengorbanan 'Khalilullah', Ibrahim A.S.
Tidak perlu saya sentuh tentang sirah Nabi Ibrahim lagi kerana rata-rata daripada kita ramai sudah mengetahui tentang sirah Nabi Ibrahim A.S. dan pengorbanan yang dilakukannya. Antaranya:
1. Dicampak dalam api yang menjulang-julang.
2. Terpaksa meninggalkan keluarganya di padang pasir yang kering kontang.
3. Menyembelih anaknya sendiri iaitu Nabi Ismail A.S.
Dalam bahasa Arab, sahabat itu diungkap dengan pelbagai tingkatan. Daripada sahabat yang jauh sehinggalah sahabat yang betul-betul akrab. Antaranya ialah: zamil, sadiq, rafiq, sohib dan lain-lain. Semuanya membawa maksud sahabat. Namun sahabat yang tertinggi sekali keakrabannya dinamakan 'Khalil'.
Jangan dipanggil 'Khalil' jika seseorang tidak sanggup mengorbankan dirinya untuk sahabatNya.
Jangan dipanggil 'Khalil' jika seseorang tidak sanggup meninggalkan keluarga demi sahabatNya.
Jangan dipanggil 'Khalil' jika seseorang tidak sanggup membunuh anaknya untuk sahabatNya.
Jangan dipanggil 'Khalil' jika seseorang tidak mampu berjuang demi sahabatNya.
Jadi persoalannya, adakah kita bersedia dan sanggup berusaha mendapatkan panggilan 'Khalil' atau hanya sekadar ingin menjadi sahabat yang teringat akan sahabatnya bila disebut namanya sahaja. Fikir-fikirkanlah bersama.
Selamat Hari Raya AidilAdha 1430 Hijrah
Labels: sirah dan sejarah, sosial
[tag1: mengenang semangat di bumi Mu’tah untuk Palestin]
[tag2: Filem 300 x 200]
[tag3: Konvensyen Geneva sudah tidak lagi relevan!!!]

Tatkala perang sedang sengit pertempurannya di bumi Mu’tah (sekarang dikenali Karak, Jordan) Rasulullah S.A.W. sedang duduk beserta para sahabat di Madinah sambil mempercakapkan tentang mereka. Tiba-tiba percakapan yang berjalan dengan tenang tenteram kemudiannya Baginda terdiam.
Lalu bersabda (Imam Bukhari meriwayatkan daripada Anas RA):
“Zaid memegang panji kemudian gugur. Panji itu diambil oleh Ja'afar dan iapun gugur, panji itu diambil oleh Abdullah Ibnu Rawahhah ia pun gugur pula…”
kedua matanya berkaca-kaca menitiskan air mata. Baginda mengangkatkan wajahnya dengan mengedipkan kedua matanya, untuk melepas air mata pilu yang sudah tidak lagi tertahan kesedihannya. Lalu, nabi melanjutkan sabdanya:
“Akhirnya panji itu diambil oleh ‘pedang Allah’ (Khalid Al-walid) dan akhirnya Allah mengurniakan kemenangan kepada mereka.
Dengan mukjizat nabi, begitulah sorotan siaran langsung yang Baginda ceritakan kepada sahabat yang lain di Madinah yang setia mendengar perkhabaran dari Rasulullah S.A.W. ketika perang sedang rancak berlangsung di bumi Mu’tah. Mana tidaknya, siapa yang tidak takjub dengan perang mu’tah ini dimana antara perang yang paling dahsyat berlaku dikalangan tentera Islam dan ditambah pula Rasulullah S.A.W. tidak menemani mereka. Apakah jumlah 3000 tentera itu relevan melawan 200 000 orang tentera kafir Romawi?
Aku terkenang kembali, zaman persekolahan dahulu, bilamana filem 300 arahan Zack Snyder keluar di pawagam awal tahun 2007. Diceritakan oleh kawan-kawan ketika itu, hebatnya filem ini, sangat tragik dan penuh aksi. Menerangkan kepadaku kehebatannya dan kegagahan tenteranya. Sampai aku pun diheretnya untuk menonton bersama pada laptop seorang ini. Nasib di petang Ahad itu nama aku dipanggil di pengumuman pelawat yang hadir. Mungkin ada hikmah disitu : P
Di ingat kembali, apalah hebatnya filem itu dimana yang bertempur 300 berlawan dengan 30000 orang dan jika mengikut sejarah asalnya Leonidas mengumpul 4000 ke 7000 yang kemudian berkurang kekuatan tenteranya ke jumlah ratusan untuk menentang 80000 orang tentera lawan. Masih bolehlah dikira hebat, tetapi di pengakhiran ceritanya mereka kalah walaupun Leonidas terbunuh. Huh?…. (sekali lagi.. huh?) Ya, mungkinlah kita yang kurang peka kepada sirah nabawiyyah. Belajarlah kita sedikit demi sedikit, mencari ibrah disebalik sirah nabawiyyah dan pesanku ini kembali kepada diri aku sendiri.

Ibarat semut di sarang kerengga,dengan logik akal, pasti seseorang berfikir tentera Islam ketika itu pasti akan dilanyak dan ditabrak begitu sahaja dengan mudah oleh tentera kafir Romawi. Mana mungkin jumlah sekecil ini, siap bertempur dengan bala tentera sebesar itu tanpa dikepalai oleh jeneral yang mampu menggoncangkan semangat tenteranya menuju peperangan.
Kebijaksanaan Khalid Al-walid Jeneral tentera ke-4 sangat mengagumkan kita sebagai umat Islam. Beliau yang dahulunya jeneral tentera yang kuat menentang Islam, menggunakan seluruh kepakarannya di medan perang kini kembali sebagai panglima perang yang menegakkan agama Allah.
Mereka dilempar kata-kata oleh segelintir orang di Madinah ketika menyusun strategi dan mereka kembali di Madinah semula selepas 3 jeneral Islam yang yang dilantik Rasulullah S.A.W. tumbang syahid di medan perang. Orang-orang berteriak:
“Wahai orang-orang yang lari! Kalian lari di jalan Allah”
Rasulullah membantah kata-kata itu dalam sabdanya: “Mereka tidak lari, tetapi mundur untuk menyerang kembali Insya Allah”
Khalid Al-walid menyusun strategi, mereka kembali menyerang. Tentera sayap kiri dihurungnya ke kanan, sayap kanan dihurungnya ke kiri, yang didepan pula menunggu yang dibelakang dan yang dibelakang mengejar yang dihadapan secara berterusan. Dari jauh, tentera musuh seperti tidak percaya apa yang mereka lihat. Jumlah 3000 tentera Islam itu sudah kelihatan berganda-ganda jumlahnya seperti melebihi mereka. Dengan 3000 orang tentera Islam mampu bertahan di pusingan pertama, apakah dengan jumlah yang berganda-ganda ini, mampu mereka tentang? Debu pasir yang menjulang-julang dari jauh, memperlihatkan kekuatan tentera Islam dan menggerunkan pasukan lawan. Tanpa bertempur, tentera kafir berundur, menyerah kalah dikala mana tentera Islam sedang melaju mengejar mereka. Berjayalah tentera Islam di peperangan itu.
Semasa peperangan, sebelum Abdullah Ibnu Rawahhah,jeneral ke-3 yang memegang panji Islam syahid, Jaafar abi Talib terlebih dahulu syahid di pangkuan panji itu. Riwayat lain mengatakan, tika mana Jaafar abi Talib memegang panji itu ditangan kanannya, tentera kafir, menebas tangannya itu. Tangan kirinya tangkas menyambut, lalu, ditebasnya sekali lagi oleh tentera kafir tangannya itu. Dengan kudrat yang ada, Jaafar abi Talib, menyambut lagi panji itu, supaya tidak kejatuhan dengan mengepit di kakinya. Alangkah, berharganya panji itu, jika jatuh, terhentilah perang namun ketika itu, Ja'afar abi Talib, melakukan apa sahaja demi maruah agama Allah. Diriwayatkan terdapat lebih 50 kesan tikaman di badannya. Begitulah semangatnya jeneral Islam yang kedua selepas Zaid bin Harithah sebagai jeneral yang pertama juga syahid dibunuh tentera kafir Romawi.
Kita mengimbau sirah nabawiyyah dengan melihat ibrahnya supaya dapat kita terapkan sisa-sisa pemikiran dan semangat tentera Islam Mu’tah dalam diri kita.
Ketika dalam perjalanan pejuang tentera Islam ke Mu’tah mereka berhenti di Maan (riwayat lain Muan) selama 2 malam membincangkan strategi. Hercules telah siap mengerah tentera Rom seramai 100 000 orang kekuatan dan Syurahbil bin Amer juga mengumpulkan kekuatan yang sama bergabung menentang tentera Islam. Di pihak Islam pula, ada yang mencadangkan untuk mencari kekuatan bantuan dari Rasulullah di Madinah. Lalu, bangkit jeneral Islam yang ke dua Abdullah Ibnu Rawahhah meniupkan semangat anak buahnya:
“Hai saudara-saudara sekalian, kalian tidak menyukai mati syahid yang menjadi tujuan kita berangkat ke medan perang ini! Kita berperang tidak mengandalkan banyak jumlah pasukan atau besarnya kekuatan, tetapi semata-mata berdasarkan agama yang dikurniakan Allah kepada kita. Kerana itu marilah kita maju! Tidak ada pilihan lagi kecuali salah satu dari dua kebajikan: Menang atau mati syahid.
Api semangat tentera Islam kembali menjulang-julang. Agama Allah mereka pertahankan. Syurga mereka sangsangkan. Syahid mereka pertaruhkan.
Abdullah Ibnu Rawahhah, sebelum berangkat pergi ke medan perang, dia menangis meluahkan perasaan sedihnya. Orang-orang yang melihatnya bertanya: “Apa yang menyebabkan anda menangis?”. Dalam sedu sedan Abdullah Ibnu Rawahhah menjawab:
“Demi Allah, bukan kerana saya cinta dunia juga bukan kerana perpisahan dengan kalian, tetapi aku pernah mendengar Rasulullah membaca salah satu ayat al-quran yang menyebutkan neraka: “Dan tidak ada seorangpun diantaramu, melainkan mendatangi neraka itu (melalui titian sirat). Hal itu bagi Rabb-mu adalah suatu kepastian yang sudah ditetapkan”
Ketetapan jeneral-jeneral Islam syahid di medan perang, seperti telah diketahui oleh Rasulullah S.A.W. Sebelum berangkat pergi berperang ke Mu’tah, Rasulullah berpesan:
“Yang bertindak sebagai Amir (panglima perang) adalah Zaid bin Harithah. Jika Zaid gugur, Ja’afar abi Talib penggantinya, bila Ja’afar gugur, Abdullah Ibnu Rawahhah penggantinya. Jika Abdullah gugur, maka hendaklah kaum Muslimin memilih penggantinya”
Bahkan Rasulullah menambah pesanannya jika sampai disana sampaikanlah Islam dahulu, jika ditolak, barulah serangan dilakukan atas pertolongan Allah. Melalui syura, Khalid Al-Walid dilantik menjadi panglima tentera ke-4 selepas Abdullah ibnu Rawahhah.
Apakah kita tidak melihat bahawa betapa Islam berlembut dalam menyebarkan dakwah namun berkeras apabila Islam diancam. Ketidakadilan berlaku di zaman kita, peperangan tercetus kerana kuasa dan penyelewengan.
Islam sangat patuh dengan peraturan yang telah ditetapkan, namun apabila perjanjian dicurangi, kita harus bertindak sesuatu. Begitulah ibrah dari peperangan Mu’tah. Saat Al-Harits bin Umair Al azdi menjadi utusan Rasulullah kepada Raja Busra, dia dibunuh tanpa soal selidik dan pertanyaan. Mereka mencemburui kebangkitan Islam sedangkan perjanjian sudah dimeterai bahawa utusan atau pegawai diplomatik tidak boleh dibunuh sama sekali. Kerana perjanjian tidak ditepati, peperangan Mu’tah menyaksikan bahawa Islam berkeras jika diancam dan dizalimi.
Jika di zaman Rasulullah, utusan ‘nabi palsu’ Musalimah bin Kazab, sampai kepada Rasulullah ingin menjalin urusan diplomasi dengan Rasulullah. Lihatlah kebiadapan utusan Musailamah ini. Kalaulah ketika itu jika peraturan utusan tidak boleh dibunuh tiada, tidak mungkin tidak, kepala mereka sudah dipancung!
Nah, perjanjian di konvensyen Geneva 1949 menyaksikan bahawa Islam sudah ditindas habis-habisan. Bukankah media dan sekolah-sekolah perlu dilindungi ketika perang, dan ini dipersetujui oleh PBB dan Negara-negara pemerhati. Kurang ajarnya Israel ini, bukan sahaja ‘tidak sengaja’ mengebom van rawatan Palestin, malah di halakan muncung bom jarak jauh itu tepat ke sekolah yang tentu-tentunya menjadi perlindungan orang awam dan tidak bersalah. Dimana lagi mereka ingin berlindung ketika perang?
Dibawah sayap kerjaan-kerajaan bayangan dajjal, negara-negara Islam hanya mampu berdiam diri. Kerana apa? Masalah politik liga Arab yang tidak pernah sudah. Namun, harus difikirkan jua, apakah sumbangan kita kepada saudara kita yang tertindas? Berbuatlah sadaqah atau apa saja mendorong untuk menyokong mereka yang tertindas dan doakanlah keselamatan mereka sentiasa dalam doa-doa solat kita. Selalu-selalulah rujuk laman web yang menyiarkan berita Palestin seperti palestinkini.info atau lain-lainnya. Jangan biarkan berita saudara kita ini sirna di mata, paling kurang, ambil pedulilah tentang mereka supaya syahid mereka bertemankan doa kita. Amin.
ibrah - pengajaran
Rujukan:
1. Ustaz Zamri Bercerita 2009 Ep. 9 @ TV9 online
2. Ringkasan Sirah Nabawiyyah tulisan Mustafa Syibaie
5. Siapa dia Abdullah ibnu Rawahhah?
6. Karakteristik Perihidup Enam Puluh Sahabat Rasulullah
7. Cerita Duit
Labels: sirah dan sejarah
Subscribe to:
Posts (Atom)







